Ayat Peletup Jin

Terdapat satu surah yang mengandungi ayat yang boleh digunakan sebagai pelindung dari gangguan jin. Sekarang ini kita sering mendengar bahawa Si polan dirasuk jin. Maka untuk itu saya kongsikan ayat ini. Semoga ia bermanfaat untuk kita dan dapat melindungi diri kita dan juga keluarga kita dari gangguan jin.

Ayat yang saya maksudkan sebagai ayat peletup jin ialah surah As-Soffat ayat 1 hingga 10. Banyak kegunaan surah ini jika dibaca antaranya :



  1. Ayat ini jika dibacakan akan menimbulkan rasa panas yang mampu membakar jin kafir dan juga jin Islam
  2. Jika dibaca pada waktu pagi dan petang ia akan jadi dowa untuk melindungi diri dari sebarang gangguan
  3. Tiada siapa yang mampu memudaratkan pembacanya jika dibaca 3 kali dengan izin Allah
  4. Jika dibacakan pada air sebanyak 3 kali dengan di tambah Fatiha sekali dan selawat 3 kali kemudian dipecikkan kepada 4 penjuru rumah maka akan bertempiaran lari segala jin yang ada didalamnya
  5. Untuk meletupkan jin dalam badan bacakan 3 kali dengan ayat 9 dan 10 diulang sebanyak 7 kali. Bacakan pada telinga sambil memegang belakan pesakit dengan tangan kanan.
Itulah antara kegunaan ayat As-Soffat. Semoga ada bermanfaat kepada pembaca.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih atas panduan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...