Repost
Operasi kali ini melibatkan seramai seramai 7 orang anggota BPT Crew. Pada kali ini sasarn BPT Crew adalah sebuah rumah lama yang terletak di hujung kampung dan juga kuburan lama.
ketibaan kami di sambut dengan suasana seram yang menguatkan lagi dakwaan yang kawasan ini memang berhantu namun begitu keadaan ini tidak mematahkan semangat BPT Crew untuk meneruskan operasi di kawasan tersebut.
Diketuai oleh Ancha BPT Crew terus masuk kekawasan tersebut sambil mengambil beberapa gambar sebagai bukti dengan harapan terdapat entiti yang dapat dirakamkan. Namun malang juga tiada satupun objek entiti yang berjaya dirakamkan. Perkara ini mungkin disebabkan pihak BPT Crew tidak mempunyai kamera yang canggih dan hanya bergantung kepada kamera dari telefon bimbit sahaja.
Namun begitu sepanjang operasi dirumah lama tersebut, BPT Crew tidak terlepas dari gangguan makhluk halus antaranya ada ahli BPT Crew dilempar dengan batu malah ada juga yang di jentik telinga menujukkan keujudan makhluk halus di kawasan tersebut walaupun tidak dapat di rakam.
Setelah sejam BPT Crew berada di kawsan rumah lama, kami bergerak kekawasan kuburan lama. Di kawasan ini juga tidak kurang seramnya berbanding dikawasan rumah lama tersebut. Namun sekalu lagi BPT Crew kecewa kerana tiada satupun keujudan makhluk halus dapat dirakankan di kawasan tersebut. Setelah puas "bercuti" dikawasan kubur lama tersebut BPT Crew bertolak pulang kira - kira jam 2 pagi. Sepanjang perjalanan beberapa ahli BPT Crew tercium bau wangi pandan yang agak kuat dan hal ini menimbulkan tanda tanya dikalangan ahli BPT Crew.
No comments:
Post a Comment