Asal usul kejadian jin


Bercakap tentang jin ni tak lengkap rasanya jika kita tidak mengetahui tentang asal usul jin. Jika kita sudah menegtahui tentang asal usul jin maka proses rawatan untuk pesakit gangguan jin pun akan lebih mudah. Dari keterangan ayat al quran serta hadis Nabi SAW secara tegas dikatakan bahawa jin diciptakan oleh Allah SWT daripada api.Sebagaimana firman Allah yang maksudnya :
"Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada api yang menyala" Ar Rahman 15

Ketika menafsirkan ayat ini Ibnu Abbas mengatakan yang dimaksudkan dengan "nyala api" dalam ayat diatas iaitu dari inti api.Namun ada juga yang mengatakan ianya dari hujung nyalaan api.



Terdapat juga ayat-ayat lain dalam Al-Quran yang mengatakan tentang asal usul kejadian jin antaranya :

"Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas" Al Hijr 27

"Saya lebih baik daripadanya.Engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah" Al A'raf 12

Sedangkan dalam keterangan hadis dari Aisyah dijelaskan :
"Malaikat diciptakan dari cahaya,jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah dijelaskan oleh Allah kepadamu" HR Muslim

Terdapat beberapa tanda-tanda awal dari ganguan jin antaranya
1) Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8)Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

Jika anda menagalami 3 smptom semasa jaga dan 2 simtom semasa tidur besar kemungkinan anda berhadapan dengan gangguan jin. Maka dinasihatkan agar segeralah mendapatkan rawatan.

Gangguan jin ini terbahagi kepada benerapa kategori iaitu :
1) Gangguan sepenuhnya,iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

2) Gangguan tidak secara keseluruhan,iaitu jin mengganggu salahsatu dari anggota badan seperti tangan,kaki atau lidah.

3) Gangguan yang berterusan,iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

4) Gangguan seketikan,iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Jika anda mengalami situasi seperti itu maka prgilah dapatkan rawatan dari orang-orang yang arif.

Kehadiran sesetengah dari jenis makhluk itu yang merosakkan, mengkhianati, memporak-perandakan, menyakiti dan mengganggu manusia juga mesti diakui. Terdapat banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis menyatakan tentang itu. Para cerdik pandai, terutamanya pakar perubatan barat juga kini telah mengakui bahawa kedapatan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh gangguan dari makhluk halus. Kebanyakkan kita lebih mengetahui dan mempercayai bahawa golongan syaitan, jin, iblis dan sebagainya itu akan mengganggu umat Islam ketika mengerjakan ibadat khusus sahaja, seperti ketika solat, puasa dan lain-lain. Tetapi harus di ketahui bahawa gangguan dari makhluk halus itu mencakupi dalam urusan harian manusia seperti kesihatan, ketenteraman ( fizikal dan mental ), hubungan sesama manusia dan lain-lain lagi.
Wallahualam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...